もっと詳しく

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata keadaan di Semenanjung Gaza semakin memburuk setiap jam. Wakil WHO di wilayah Palestin yang diduduki Richard Peeperkorn memberitahu pemberita di Geneva melalui pautan video dari Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa, bahawa jumlah penduduk yang berpindah dari tengah dan selatan Gaza terus meningkat, lapor Palestine News and Information Agency (Wafa). “Keadaan semakin teruk. Serangan bom terus meningkat di merata tempat, termasuk di sini di kawasan selatan,” kata Peeperkorn. “Orang ramai terdesak dan mengalami kejutan kekal. Kami berhadapan kea…